Matawang Amerika kembali kukuh atau ?

SYAZWAN SAHLAN 31 JANUARI 2023

Bulan ini menyaksikan tren penurunan matawang USD di mana matawang MYR mengukuh. Beberapa isu mempengaruhi tren pasaran matawang antaranya cuti umum di kawasan Asia Pasifik dan kekurangan data Tier 1 dalam sepanjang minggu. Tambahan pula sebagai price action pembukaan China selepas cuti Tahun Baru China. Selain dari harga minyak menurun dan perkembangan Amerika berbanding seluruh dunia.


Malaysia juga antara negara tidak boleh lari untuk bersandarkan pada matawang USD walaupun dalam keadaan ekonomi semakin tidak menentu. Disebalik penurunan matawang USD, matawang seperti JPY,GBP dan EUR terus mengukuh.


Kemungkinan Federal Reserve menaikkan kadar FED FUND sebanyak 25bps menyebabkan pasaran dalam keadaan berjaga-jaga. Pasaran juga menjangkakan dua kali lagi 25bps akan dikenakan dalam tahun ini. Pegawai FED memfokuskan untuk menaikkan kadar kepada 5%.


Tambahan juga masalah Amerika dalam laporan menunjukkan data upah yang semakin rendah memberikan impak kepada pengukuhan dollar. Di samping kongress meluluskan bantuan dana sebanyak USD25B kepada Ukraine menaikkan lagi ketidakpuasan hati dan sentimen. Manakala dijangka kadar pengganguran Amerika akan dipantau rapi sepanjang dua bulan ini. Pasaran buruh Amerika sangat berguna untuk menilai monetary policy.


Namun, dollar dijangka akan mula mengukuh pada pertengahan bulan hadapan kerana semua menunggu data pengeluaran kilang di China.


Menurut sumber dari Reuters, penilaian pengukuhan dollar akan mula pada minggu hadapan selepas FED berkemungkinan pause- kan sekejap kadar untuk memberi laluan kepada risky assets rally.


Penilaian pengukuhan dollar ini juga berdasarkan tren penurunan emas yang ketara. Harga emas yang mula susut disebabkan jangkaan Mesyuarat FED pada minggu ini menaikkan kadar pada 25bps. Bank pusat pula yakin untuk menaikkan lagi kadar interest.


FED mengelar "the stubborn inflation" akan menyebabkan kadar ditingkatkan pada masa hadapan.


Rumusannya, dollar akan terus jatuh dalam kadar minima dan dijangka mengukuh dalam dua bulan mendatang. Data seterusnya kita boleh jangkakan melalui mesyuarat FED akan datang. Kadar interest dan inflasi yang tinggi akan dijangka melanda pertumbuhan ekonomi dunia pada tahun ini serta risiko recession dalam major ekonomi. Jadinya emas akan terus menjadi safe haven.