Ekonomi Malaysia Memburuk

Syazwan Sahlan 16 Oktober 2023 12 tengahari Bangkok 


Sudah hampir setahun kerajaan perpaduan Madani di bawah pimpinan PMX menerajui kerajaan Malaysia. Namun tiada perubahan dan halatuju polisi yang konkrit yang mampu    merangsang ekonomi negara dengan konsisten. Hal ini makin memburuk setelah data yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, bahawa unjuran pertumbuhan 2023 KDNK Malaysia menurun kepada 3.9%.

Beberapa aspek diambil kira untuk mengukur data tersebut. Hal ini bakal memberi kesan buruk kepada pertumbuhan negara. Para pelabur sangat mengambil kira unjuran data terutamanya daripada Bank Dunia. Kelembapan ekonomi ini bakal merencatkan bukan sahaja flow cash di Malaysia namun kesemua negara-negara Asia Tenggara. 

Kelemahan matawang Ringgit dalam masa yang lama memberikan penanda aras awal bahawa kerajaan Malaysia masih tidak mengambil langkah proaktif untuk mengikat aliran Ringgit. Ketidakcekapan ini adalah sangat merungsingkan para pakar ekonomi. Apakah sebenarnya yang difikirkan oleh kerajaan ? 

Kesan-kesan buruk timbul selepas tiada tindakan segera untuk membendung isu tersebut antaranya harga barangan semakin melembung disebabkan kadar pertukaran asing bagi Ringgit adalah lemah menyebabkan kita membeli barangan import dengan harga lebih tinggi dari biasa. Beban ini semestinya dirasai oleh kesemua rakyat Malaysia terutamanya mereka di bawah golongan M40 dan B40. Tidak pelik mereka,M40 juga merupakan golongan rentan yang baharu. Inflasi akan terus berlaku kerana kitaran ini masih berterusan. Rakyat setiap hari merintih dengan kenaikan harga barangan dan yang lebih parah adalah barangan mentah dan ruji negara tiada dalam pasaran. Walhal Malaysia merupakan negara pengeluar dan mampu menghasilkan beras sendiri. 

Polemik yang semakin hari bertambah bagai tiada kesudahan menjerat rakyat. Perkara ini bakal memberikan kesan panjang bukan sahaja kepada pertumbuhan negara malahan kepada kesihatan mental rakyat yang setiap hari dibelenggu tekanan dan deperessi. 

Apakah langkah kerajaan bagi menyelesaikan permasalahan tersebut? Adakah langkah tersebut dirangkum dalam Belanjawan 2024? Saya akan cuba huraikan dalam posting seterusnya.