SAHAM AMERIKA YANG ANDA KENA BELI

SYAZWAN SAHLAN 1 FEBRUARI 2023

Saham yang terbaik adalah yang mampu memberikan keuntungan. Untuk mendapatkan keuntungan, kita perlu membeli saham syarikat yang kita yakin. Macam mana nak tahu saham itu yang terbaik untuk kita?

  • Anda perlu kenali syarikat saham yang anda nak beli. Perlu selidik syarikat tersebut, perkembangan dan pertumbuhannya. Berapa banyak market cap-nya.

  • Ketahui juga price-earnings ratio syarikat tersebut.

  • Laburkan duit anda dalam saham yang mampu memberikan dividen yang tinggi.

  • Mungkin pada awal agak susah untuk faham, tapi lama kelamaan akan belajar sikit-sikit. Cuba cari petunjuk-petunjuk penting dan buat carian yang lebih meluas.

Asas pelaburan adalah risiko. Sama ada hasilnya kita akan dapat dalam untung mahupun rugi. Membaca tren adalah sangat penting. Sentimen adalah faktor utama dalam pelaburan. Turun naik graf saham dipengaruhi olehnya.

Berikut senarai saham Amerika yang saya galakkan untuk dibeli pada Februari 2023.

  • TESLA

  • GOOGLE

  • SHERWIN-WILLIAMS

  • PFIZER

  • APPLE

  • PAYPAL

Manakala Forbes pada 23 Disember 2022, Best Stocks to Buy for 2023 menyenaraikan tujuh saham yang perlu dibeli pada tahun ini. Namun, enam dari senarai tersebut mengambil masa panjang untuk pelabur mendapatkan pulangan. Jangkaan Forbes adalah berdasarkan Laporan Morgan Stanley yang menjangkakan inflasi akan kecut sehingga 2.4% pada akhir tahun ini. Antara yang disenaraikan adalah saham Eli Lilly (LLY). Syarikat saham tersebut mengusahakan perniagaan ubat-ubatan seperti diabetes, kanser payudara dan ubat migrain.

Selain dari Forbes, saya juga membaca jangkaan dari Nasdaq dan juga Warren Buffet. Untuk tulisan saham Amerika yang akan datang, saya akan perincikan data dalam penulisan yang ringkas dan mudah difahami terutamanya newbie trader.

Rumusannya, untuk berdagang dan melabur juga memerlukan ilmu dan bacaan yang khusus untuk meminimakan kerugian yang mungkin dihadapi. Oleh itu dengan pengetahuan yang ada, kita akan dapat mengurangkan silap langkah yang akan mengakibatkan kita total lost.