HAK GOLONGAN HIV +VE
Setiap makhluk diberikan hak masing-masing. Perkara ini terpakai juga kepada haiwan seperti kucing. Banyak kejadian mendera binatang telah mendapat perhatian dan dikenakan hukuman setimpal. Ini contoh pada makhluk yang tiada akal.
Manakala, manusia juga mempunyai hak tersendiri. Di antaranya hak untuk makan dan mempunyai tempat tidur. Tajuk kali ini mungkin agak sensatif bagi banyak pihak. Namun, masih perlu untuk diberikan perhatian bukan untuk menyokong mahupun mengalakkan apa-apa aktiviti tidak bermoral ini. Konsep pencegahan lebih baik dari merawat saya utamakan dalam topik kali ini.
Ok, baca dahulu boleh?...... Jangan terus dakwa itu ini.
Mereka yang positif HIV juga manusia. Masyarakat Malaysia masih lagi dalam proses untuk menerima mereka. Namun situasinya berbeza berbanding dahulu yang agak kolot dengan banyak sangat misconception. Mana taknya, mereka beranggapan golongan ini mampu untuk menjangkiti orang lain dengan sentuhan dan udara. Adalah sangat tidak logik dan berasas. Yang lebih parah adalah masyarakat sangat jijik dengan mereka.
Patutkah kita sesama manusia melayan sebegitu? Bahkan dalam sirah Nabi Muhammad dicatitkan dalam Sahih Muslim,no.3209 serta Sunan Abu Daud,no.3852 kita dilihatkan dan diajar dengan perilaku mulia Nabi kita. Diriwayatkan dalam hadis tersebut seorang wanita telah berzina berjumpa dengan Nabi untuk memaklumkan perbuatanya kepada Baginda. Response Baginda adalah sangat mesra dan comfort-kan perilaku zina itu. Nabi mengajar kita untuk tidak mudah melatah dan melayani manusia sebaiknya. Baginda tidak marah-marah mahupun menengking perempuan itu. Kalau Baginda begitu ini kan kita manusia biasa.
Untuk perkara yang sudah terjadi, percayalah pada hikmah baik yang akan datang. Walaupun pahit untuk hadapi selama hidup tetapi kehidupan perlu diteruskan. Terima ketentuan dengan reda. Ya, memang senang untuk kami yang sihat bercakap sebegini. Tidak kena pada batang hidung sendiri. Cuma percayalah, anda diuji kerana anda mampu.
HIV di Malaysia saban tahun akan ada peningkatan. Saya suka merujuk data di sini . Korang boleh klik di situ. Menurut data UNAIDS , pada tahun 2021 seramai 5,500 orang disahkan dengan HIV.
Saya galakkan untuk kita membuat ujian HIV secara berkala. Kini anda boleh dapatkan secara percuma melalui ngo ini . Anda cuma perlu klik dan akan terus ke pautan untuk pendaftaran. Jangan risau maklumat diri anda dirahsiakan. Anda boleh buat ujian kendiri melalui HIV KITS yang akan dipos ke alamat anda.
Bagi mereka yang introvert ataupun malu untuk buat ujian di mana-mana klinik. Saya sangat sarankan ini. Selain dari itu, anda boleh mendapatkan makluman mengenai prep serta mendapatkan kaunseling daripada ngo ini .
Semoga dengan sedikit penulisan saya yang tidak seberapa ini mampu membantu anda. Bye-bye dan kekal sihat!