Cara beli saham Amerika yang LEGIT!

SYAZWAN SAHLAN 2 FEBRUARI 2023

Hello guys, hari ini korang dah spend berapa ringgit? Pernah terfikir tak daripada boros membeli barang yang bukan keperluan, duit tu boleh guna buat lebih banyak duit!

"Ishhhh..., serious-lah? Macam ayat scam kan? "

Bertenang..... baca dahulu dan kemudian anda boleh nilaikan sendiri. Membaca amalan mulia tau.

Setakat ini saya ada pengalaman lah sikit letak duit untuk melabur di Raiz, Wahed Investment , LUNO , HelloGold, Maybank Investment Acc dan juga Public Mutual Unit Trust. Tapi hari ini saya nak fokus kepada aplikasi GoTrade.

Tajuk artikel hari ini, saya nak ajar membeli saham Amerika melalui aplikasi GoTrade. Pertamanya, melalui aplikasi ini saya boleh membeli ratusan saham Amerika dengan selamat dan sah. Anda namakan syarikat Amerika seperti Starbucks, Google ,Apple , Amazon malahan Tesla pun ada tau. Saya bukan seorang pengguna gajet Apple seperti iPhone mahu pun iPad tetapi saya adalah antara jutaan pemilik Apple. Ya! Saya ada saham Apple dan ini menjadikan saya rakan kongsi syarikat tersebut. Best kan?

Selain itu, aplikasi GoTrade ini memiliki features yang sangat mesra pengguna. Newbie traders pun akan jatuh cinta sebab sangat mudah digunakan. Customer service-nya pula sangat lah responsif. 24jam beroperasi dan senantiasa bersedia untuk membantu pengguna GoTrade.

Serendah 1USD adalah minima yang diperlukan untuk pengguna GoTrade boleh membeli saham-saham Amerika. Cara masukkan duit dalam GoTrade adalah sangat mudah dan selamat. Mana taknya, segala bukti transaksi disediakan dalam PDF dan anda boleh simpan untuk rujukan akan datang. Sangat meyakinkan.

Anda dah mula faham ke? Apapun nasihat saya adalah teruskan mencari bacaan mengenai topik saya ini. Apabila anda mula yakin dan tahu apa yang anda akan buat, maka anda akan dapat mengelakkan silap langkah. Artikel saya ini hanyalah sekadar perkongsian dari apa yang telah saya buat dan ianya mendatangkan hasil dan legit. So, saya ingin berkongsi kebaikan ini kepada pembaca.

Kepada mereka yang sudah yakin dan berminat untuk join. Ikuti langkah di bawah.

  • Anda akan diberikan 2USD secara percuma dan boleh gunakan untuk membeli saham-saham yang anda inginkan.

  • Tekan link ini dan seterusnya anda perlu ikuti langkah-langkah yang dinyatakan.

  • https://heygotrade.com/referral?code=668780

  • selepas selesai pendaftaran, anda perlu menunggu untuk akaun anda di-verify-kan.

  • setelah itu barulah anda boleh mula melabur.

Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh lah hubungi saya di Keep in touch . Diharapkan dengan artikel ini mampu memberikan serba sedikit info mengenai pelaburan.